Irwan Fahmi Ideris

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam tindakan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Khor Soon Keat kerana sengaja mencetuskan kegelisahan dan keresahan rakyat apabila menyentuh isu sensitiviti umat Islam di laman sosialnya.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang berat terhadap kenyataan yang di buat Soon Keat itu.

“Perkasa juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ada dua darjat hukuman yang dikenakan sekiranya seseorang itu didapati bersalah dalam menghina sesuatu agama?

“Perkasa mendesak pihak kerajaan untuk menggubal satu undang-undang yang lebih keras kepada individu yang menghina sesuatu agama.

“Dan Perkasa juga memohon Ahli Parlimen Melayu Islam untuk membahaskan mengenai undang-undang hina agama di Parlimen sebelum ianya digubal untuk menjadikan satu undang-undang,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mahu Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Tegasnya, tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan dan ketenteraman awam.

Tambah beliau, setiap individu di negara ini wajib menghormati dan menjaga sensitiviti agama masing-masing kerana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya.

Tular baru-baru ini mengenai individu bernama Khor Soon Keat, yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here