TEL AVIV – Lima tentera Israel cedera diserang kucing liar, lynx, di sebuah pengkalan tentera di Gurun Naqab, Israel.

Insiden berlaku apabila seekor lynx betina marah terhadap seorang anggota tentera Israel yang bertugas di pos peninjau yang terletak satu kilometer dari sempadan Mesir-Israel di kawasan Jabal Harif, Gurun Naqab lapor Al-Jazeera.

Haiwan itu menyerang anggota tentera wanita Israel dengan menggigit kakinya.

Menurut laporan media Israel, anggota tentera itu tidak sedar kehadiran penyerangnya itu yang mana lynx diketahui mengelak daripada bertembung dengan manusia.

Bagaimanapun, serangan tidak berhenti di situ.

Beberapa jam selepas serangan pertama, haiwan tersebut kembali ke pengkalan tentera sama dan menyerang anggota tentera lain sebelum menghilangkan diri.

Pada malam berikutnya, ia menyerang tiga anggota tentera semasa sesi latihan, menurut media Israel.

Lima anggota tentera yang cedera itu dilaporkan dipindahkan ke Hospital Soroka di Beersheba di mana mereka menjalani  beberapa ujian bagi memastikan tidak dijangkiti rabies, penyakit yang memberi kesan kepada sistem saraf dan boleh membawa maut jika tidak dirawat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here