Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) bakal membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak dua unit secara percuma bagi semua pelajar untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Dalam kenyataan, kata KPM, inisiatif ini susulan langkah KPM melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 21 April 2025 secara berperingkat.

“Ini akan membabitkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

“Sebagai permulaan, setiap murid akan dibekalkan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026.

“Garis panduan pemakaian lencana telah disediakan bagi memastikan keseragaman pelaksanaan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM,” katanya.

KPM menegaskan bahawa sekolah bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memupuk jati diri serta semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here