Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Fuziah Salleh.

KUANTAN – Keputusan senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 peringkat cabang akan diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh, berkata pengumuman tersebut dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) selepas selesai melakukan proses bantahan dan rayuan.

“Pencalonan dibuka pada 14 hingga 16 Mac diikuti proses bantahan dan rayuan yang dikendalikan JPP. Selepas meneliti setiap bantahan dan rayuan, keputusan akhir akan diumumkan hari ini bagi menentukan siapa yang layak bertanding,” katanya.

Fuziah berkata demikian sebagai reaksi proses pemilihan PKR 2025 selepas tinjauan mesra pada program jualan Rahmah Madani mega Aidilfitri  di hadapan pasar nelayan Pantai Sepat hari ini.

Menurutnya, proses pencalonan peringkat cabang akan berlangsung dari 11 hingga 20 April ini  manakala Pahang akan diadakan pada 19 April ini.

Difahamkan, lebih 312,000 ahli PKR layak mengundi dalam pemilihan kali ini, manakala sekitar 6,000 hingga 7,000 orang dijangka menggunakan kaedah fizikal.

“Pencalonan dibuka pada 3 dan 4 Mei manakala pengundian akan diadakan pada 24 Mei serentak dengan Kongres PKR. PKR mengekalkan sistem e-voting berasaskan teknologi blockchain.

Bagi  pengundi berumur 60 tahun ke atas atau di kawasan pedalaman untuk mengundi secara fizikal di pusat mengundi khas,” kata Fuziah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here