Risteena Munim dan Isa Khan masih bergelar suami isteri.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Risteena Munim menafikan desas-desus bertebaran kononnya rumah tangga dengan suami iaitu Isa Khan kini sedang bergolak.

Penafian itu selepas satu artikel mendakwa pasangan itu tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hubungan mereka bermasalah.

“Pastikan bergolak baru tulis okey. Saya dan suami baik-baik sahaja.

“Asyik guna nama netizen. Kalau netizen tu ‘volunteer’ nak jadi ahli neraka, kenapa awak nak ikut sekali?” tulisnya dalam satu kenyataan yang dikongsinya dalam Instastory.

Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, berkata, dia kini mahu fokus melakukan ibadah umrah di Tanah Suci bersama keluarganya.

“Tempoh 10 hari terakhir Ramadan ini saya mahu fokus ibadah di sini.

Untuk rekod, Risteena dan Isa melangsungkan perkahwinan pada 12 Mac 2021. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here