Pengasas UGREAT International Sdn Bhd, Mohd Taufik Mohd Samsuddin bersama para kakitangan dan beberapa top leader pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.. Foto AIZAT ZAINAL, 4 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Menjalankan perniagaan secara konsisten dan memenuhi kriteria yang ditetapkan mungkin menjadi sebab syarikat pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, UGreat International Sdn. Bhd mendapat lesen untuk menjalankan aktviti jualan langsung selama lima tahun.

UGreat International Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik bumiputera sebelum ini pernah menerima pelbagai pengiktirafan susulan kejayaan yang dicapai sejak mula ditubuhkan pada tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif UGreat, Mohd. Taufik Mohd. Samsuddin bersyukur kerana diberi kepecayaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk menjalankan aktiviti jualan langsung dengan lesen dikeluarkan bagi tempoh yang panjang.

Pengasas UGREAT International Sdn Bhd, Mohd Taufik Mohd Samsuddin.

Katanya, untuk mendapat lesen Agen Jualan Langsung (AJL) selama lima tahun itu, sudah tentulah beberapa perkara akan dilihat oleh pihak KPDN sebagai syarat utamanya.

Beliau berkata, antara syarat utama itu adalah pemantauan prestasi syarikat dalam tempoh dua tahun pertama perniagaan dijalankan serta perjalanan operasi syarikat dengan amanah yang betul, integriti termasuk reputasi syarikat.

“Biasanya untuk permulaan lesen kita akan dapat setahun atau dua tahun sahaja…tapi, alhamdulillah bila kami beroperasi, kami mendapat renewal (pembaharuan) untuk tempoh lima tahun secara terus.

“Itu sudah pasti dapat meningkatkan kepercayaan kepada pelanggan kita, kepada pengedar-pengedar, rakan niaga, baik dalam Malaysia mahu pun luar,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Taufik berkata, UGreat International Sdn. Bhd. telah berjaya memenuhi kesemua kriteria tersebut dan disebabkan itu ia mungkin menjadi penyebab KPDN menganugerahkan lesen kepada syarikat miliknya untuk satu jangka masa yang lama.

Katanya, beliau akan memastikan peluang yang diberi oleh KPDN akan dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak sesekali mensia-siakannya.

“Ini adalah peluang yang terbaik kepada kami untuk berada dalam arena jualan langsung.

“Kami akan berada bersama dengan masyarakat untuk mereka lebih mengenali bisnes ini di mana ia boleh memberi pulangan lumayan selain produk yang digunakan juga boleh memberi impak kesihatan yang berkesan,” katanya.

Pengasas UGREAT International Sdn Bhd, Mohd Taufik Mohd Samsuddin bermesyuarat dengan kakitangan dan pimpinan top leader pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto AIZAT ZAINAL, 4 APRIL 2025.

Untuk rekod, UGreat International Sdn. Bhd pernah diiktiraf sebagai Outstanding Lifestyle Beauty & Health Company of the Year Malaysia SME Category yang diadakan pada 2021.

Syarikat berkenaan mengeluarkan produk makanan tambahan iaitu UGCare yang merupakan minuman kesihatan UGCafe dan produk semburan, berfungsi sebagai penyegar kulit kering, UG-Proactive.

Syarikat itu mampu melebarkan sayap perniagaan ke negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta negara di Benua Afrika seperti Uganda, Tanzania, Nigeria dan beberapa negara dengan hampir 100, 000 ejen dan pengguna secara keseluruhan.

Untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat dan program-program anjuran UGreat International pula, orang ramai boleh mengakses kepada website rasmi WWW.ugreatinternational.com atau mengikutinya di media sosial dengan merujuk carian nama  UGreat International di Facebook, Instagram dan Telegram. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast