Sharifah Shahirah

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai sementara 3 Pagi Era, Sharifah Shahirah atau Shiera mengesahkan dia kini berpindah ke konti Sinar FM pula sebagai penyampai baharu stesen tersebut.

Menerusi hantaran dalam Instagram pemilik nama sebenar Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 51, dia mengumumkan bakal bertugas di Sinar FM bermula hari ini mengendalikan slot petang.

“Waktu berseronok sudah habis. Masa untuk seronok kerja di tempat baharu pula di Sinar FM pukul 3 hingga 7 petang.

“Semoga dilindungi dan dipermudahkan urusan. Selamat hari raya kawan-kawan,” tulisnya.

Shiera sebelum ini pernah bertugas sebagai penyampai di stesen Suria FM selama tujuh tahun sejak 2018.

Namun pada Februari lalu dia mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama stesen itu.

Bulan lalu, Shiera dilamar sebagai penyampai undangan bagi menggantikan trio penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Raden yang direhatkan susulan kontroversi menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here