Hujan berterusan menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Selangor

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang terganggu susulan banjir kilat yang melanda Klang dan Shah Alam, Selangor pagi ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan berkata, banjir kilat antara Stesen Batu Tiga dan Stesen Subang Jaya berlaku akibat hujan lebat yang berterusan.

Menurutnya, perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang akan tamat di Stesen Batu Tiga dan bas perantara disediakan kepada penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Stesen Subang Jaya.

KTMB dalam kenyataan turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna.

Sementara itu di media sosial, penduduk di Padang Jawa, Seksyen 19, Seksyen 26 dan Taman Sri Muda di Shah Alam turut melaporkan kejadian air naik disebabkan hujan berterusan sejak awal pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here