Kereta BMW yang remuk dipandu lelaki mabuk selepas melanggar seorang penghantar makanan di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Pemandu kereta BMW yang dipercayai mabuk dan merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut di Taman Desa Jaya di sini akan didakwa di mahkamah Johor Bahru esok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut telah disiapkan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Suspek akan dituduh esok pagi di mahkamah Johor Bahru” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd Sohaimi memaklumkan, suspek berusia 25 tahun disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semakan terhadap suspek turut mendapati dia mempunyai 22 saman trafik atas pelbagai kesalahan.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, maut selepas dirempuh sebuah BMW ketika keluar untuk membantu mangsa kemalangan maut pada pukul 2 pagi di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Desa Jaya.

Mangsa maut akibat kecederaan parah dalaman dan meninggal dunia di lokasi kejadian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast