Ahmad Fadhli

KUALA LUMPUR – Pintu Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka kepada ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti itu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia kerana beliau sendiri menyedari wujud banyak aduan berhubung proses pemilihan tersebut.

“Saya banyak membaca keluhan sahabat-sahabat dari PKR yang kecewa dengan sistem pemilihan dalaman parti yang berlangsung. Pelbagai keluhan dan kritikan yang tak perlu saya nyatakan kerana sebahagiannya dilontar secara terbuka.

“Saya ingin katakan jika sahabat-sahabat yang ada dalam PKR merasakan  situasi yang teruk dan sudah tidak boleh dibaiki lagi, pintu PN sentiasa terbuka.. selamat datang, ahlan wasahlan,” tulis di Facebook hari ini.

Sementara itu, satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan pada Rabu ini dijangka merungkai dakwaan membabitkan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan parti khususnya keanehan yang menyaksikan kumpulan tertentu menyapu bersih jawatan di peringkat cabang namun calon ketua cabang mereka tewas.

Trend yang berlaku di banyak tempat dan digelar sesetengah pihak sebagai fenomena ‘badan tanpa kepala’ itu yang menimbulkan persoalan sama ada melibatkan masalah teknikal sistem baharu atau sebaliknya perlu diberikan pencerahan.

Di Selangor, antaranya tewas ketua cabang adalah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Turut mengejutkan kekalahan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,  Nik Nazmi Nik Ahmad di Setiawangsa semalam kepada Datuk Afdlin Shauki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here