Gambar hiasan

PULAU PINANG – Jualan tong besar dan baldi di Pulau Pinang melonjak menjelang hari gangguan air besar-besaran pada 25 April.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, sebuah pasar raya di Sungai Pinang, Pulau Pinang telah menjual 3,000 baldi air besar pada bulan April sahaja!

Pengurus Ceria 99 di Sungai Pinang yang bernama Siti berkata, tong besar mendapat permintaan hangat, dengan 3,000 dijual dalam tempoh kurang sebulan dan jualan dijangka memuncak dua hari sebelum 25 April.

Siti berkata, tong besar berharga RM49.99 adalah yang paling popular dan kedainya telah menambah stok beberapa kali, tetapi masih berlaku kekurangan.

Selain itu, katanya, ramai juga yang datang membeli air mineral menjelang hari gangguan bekalan.

“Mereka semua membeli sekotak penuh air mineral untuk dibawa pulang kerana bimbang tiada air minuman di rumah.

“Walau apa pun, bilangan orang yang membeli air mineral tidaklah seramai orang yang membeli baldi dan tong walaupun jualan air mineral meningkat sebanyak 30% pada bulan ini,” katanya.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dilaporkan bakal menggerakkan 80 lori tangki dan 182 tangki air di bawah Pelan Bantuan Bekalan Air semasa Gangguan Bekalan Air Berjadual yang bermula pada 25 April ini.

Pelan itu adalah sebahagian daripada usaha bersepadu untuk membantu 341,708 pengguna yang terjejas di lima daerah di Pulau Pinang dalam gangguan bekalan tersebut.

Gangguan bekalan berjadual itu berlaku untuk membolehkan 23 projek termasuk pembaikan saluran paip 700 milimeter bocor dan kerja naik taraf rumah pam dijalankan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast