KLUANG – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan jawatan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Simpang Renggam menundukkan dua pencabarnya dalam pemilihan PKR bagi sesi 2025- 2028.
Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memperoleh 125 undi, mengatasi dua pencabarnya, Wong Yung Chin yang meraih 109 undi dan Yusof Rahman dengan 82 undi.
Berdasarkan maklumat laman sesawang pemilihan PKR 2025 malam tadi, sebanyak 318 kertas undi dikeluarkan daripada keseluruhan 406 ahli yang layak mengundi.
Borang keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Sebelum ini, Maszlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengesahkan akan bertanding jawatan sama dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan Mei ini.- MalaysiaGazette