Zhi Heng (kiri) dan Yun Zhen bersama-sama ibu bapa mereka menunjukkan keputusan 9A yang diperolehnya dalam peperiksaan SPM 2024 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pasangan kembar berlainan jantina, Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen masing-masing dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini hari ini.

Kedua-dua yang berusia 18 tahun itu memperoleh keputusan cemerlang 9A itu menyifatkan kejayaan mereka hasil sokongan antara satu sama lain serta usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu belajar sejak dari kecil.

Menurut Yun Zhen, dia dan abangnya Zhi Heng cukup bertuah kerana tidak pernah berpisah sekolah dan sering ditempatkan di kelas yang sama.

“Saya kerap ulang kaji pelajaran pada waktu malam. Walaupun kadang-kala Zhi Heng  sukar untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam tetapi saya tetap berikan dia semangat.

“Saya selalu kejutkan Zhi Heng, ingatkan supaya jangan malas dan sentiasa kongsi maklumat berkaitan subjek yang kami belajar,” katanya ketika ditemui selepas menerima keputusan SPM di SMK tersebut hari ini.

Sementara itu Zhi Heng pula berkata, mereka turut menanam cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke universiti yang sama dan seterusnya bergelar doktor.

Mereka mahu membangggakan ibu, Kee Siok Boey, 49 dan ayah, Chai Tiang Fook, 54, kerana hanya mereka waris kepada kedua ibu bapanya.

“Pilihan utama kami ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perubatan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here