Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Terdapat beberapa akaun dagangan dalam talian milik pelabur dikenal pasti diakses tanpa kebenaran dan wujud aktiviti dagangan mencurigakan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia dalam kenyataan bersama hari ini berkata, kejadian itu berlaku petang semalam.

Kejadian itu disedari selepas beberapa broker mendakwa gagal untuk log masuk akaun pelanggan serta terdapat dagangan yang tidak dibenarkan menerusi akaun yang terhad aksesnya.

Serentak itu, semua broker telah dinasihatkan supaya segera memberi amaran kepada pelanggan untuk menetapkan semula kata laluan/log masuk untuk meningkatkan keselamatan akaun mereka.

“Semua broker juga diminta melaksanakan langkah keselamatan tambahan untuk meningkatkan pengesahan seperti pengesahan berbilang faktor dan dasar kata laluan yang lebih ketat.

“Pengawal selia dan broker pasaran modal perlu sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga serta bekerja rapat untuk memastikan punca kejadian, dan melaksanakan sebarang langkah yang perlu,” katanya.

SC dan Bursa Malaysia memberi jaminan kepada semua pelabur bahawa integriti pasaran modal Malaysia kekal utuh.

Pasaran akan dibuka seperti biasa hari ini.

Malah, pengawal selia pasaran modal komited untuk memastikan pasaran kekal adil dan teratur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here