Sekurang-kurangnya 26 pelancong terbunuh dalam serangan di Pahalgam, Kashmir, 22 April 2025 Foto AFP

NEW DELHI – Pakistan terbuka untuk menyertai sebarang siasatan neutral dan telus berhubung serangan pengganas yang berlaku di Jammu dan Kashmir, kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pakistan terbuka untuk menyertai siasatan yang neutral, telus dan boleh dipercayai,” kata Sharif dalam satu majlis di Akademi Ketenteraan di Abbottabad.

Pada Selasa, satu serangan berdarah berlaku di Jammu dan Kashmir, mengorbankan 26 orang termasuk seorang warga Nepal.

Polis memaklumkan bahawa tiga lelaki bersenjata berpakaian celoreng melepaskan tembakan secara rambang ke arah pelancong yang menunggang kuda di Lembah Baisaran, berhampiran bandar Pahalgam.

Kumpulan “Resistance Front”, yang bersekutu dengan kumpulan Lashkar-e-Taiba (diwartakan haram di Rusia), mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here