Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap pada sidang media selepas hadir ke Majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2024 di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 APRIL 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan intervensi segera bagi semua subjek termasuk Matematik yang menyaksikan penurunan ketara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan melakukan intervensi terhadap subjek yang menunjukkan penurunan menerusi pelbagai pendekatan.

“Sebagai contoh, tahun lalu apabila Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan penurunan maka kita terus buat intervensi segera dan tahun ini keputusan itu menunjukkan intervensi kita berjaya khususnya untuk Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di sini hari ini.

Dilaporkan seramai 84,025 calon gagal dalam subjek Matematik dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kementerian tersebut tidak hanya menumpukan program intervensi kepada satu subjek sahaja.

“Komitmen kita jelas iaitu kita akan lebih bekerja keras untuk memastikan untuk tahun-tahun mendatang untuk setiap subjek ini menunjukkan peningkatan termasuk Matematik.

“Insya-Allah, saya sangat yakin dan percaya setiap intervensi itu ada hasil dan menunjukkan kekuatan guru-guru kita dalam menangani isu-isu keciciran ataupun kegagalan ini dengan lebih efektif,” katanya.

Sebagai rekod, berdasarkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 lalu, jumlah itu me­rangkumi 22.4 peratus daripada 375,115 calon menduduki mata pelajaran berkenaan sekaligus mencatatkan keputusan gagal tertinggi dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil oleh calon-calon SPM.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here