Foto Facebook Persib Bandung.

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak terus melakar sejarah apabila membantu Persib Bandung mempertahankan kejuaraan Liga 1 Indonesia buat tahun kedua berturut-turut.

Ia trofi kesepuluh yang diraih Hodak sepanjang bergelar jurulatih.

Selain Liga 1 Indonesia, dia juga pernah menjulang trofi Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super, Piala Sumbangsih dan Cambodian Premier League.

Namun kejayaan kejuaraan liga itu terpaksa ditangguhkan Bojan sejak seminggu lalu selepas Persib tewas 1-0 kepada Malut United pada minggu lalu.

Bagaimanapun kem Pangeran Biru kembali ceria apabila pencabar terdekat mereka, Persebaya Surabaya diikat 3-3 oleh Persik Kediri dalam aksi liga yang berlangsung semalam.

Keputusan itu memastikan Persebaya hanya mengumpul 54 mata berbanding Persib yang memiliki 64 mata dengan baki tiga perlawanan.

Persib menjadi pasukan pertama dalam Liga 1 Indonesia yang berjaya mempertahankan kejuaraan liga sejak Pelita Jaya yang berjaya melakukannya untuk musim 1988-1989 dan 1990. – Agensi

Bojan Hodak. Foto Facebook Persib Bandung.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here