KUALA LUMPUR – Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 31 Mei 2025 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan April lalu.
Lembaga Getah Malaysia berkata, harga purata peringkat ladang untuk cuplump di Sabah dan Sarawak pada bulan tersebut masing-masing RM2.90 dan RM2.70 sekilogram.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.
Bagi Sabah, kadar IPG April untuk cuplump dan lateks teraktif ialah 10 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Sarawak pula, kadarnya ialah 30 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Manakala kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. – MalaysiaGazette