Sabaruddin diarahkan bayar kos berjumlah RM30,000.

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah ahli perniagaan, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad terhadap akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star dan pemberitanya berhubung artikel yang disiarkan lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff turut memerintahkan Sabaruddin membayar kos RM30,000 secara keseluruhan kepada pemberita, Imran Hilmy Tawfik Hilmy serta akhbar The Star.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendapati bahawa artikel bertajuk “Nasi Kandar Shakedown, Penang Restaurant Claims They Are Being Harassed for Protection Money” yang diterbitkan pada 16 Oktober 2020 tidak secara langsung merujuk kepada plaintif dengan cara yang boleh dianggap memfitnah dalam konteks undang-undang.

Peguam, Raveentharan bercakap dengan pemberita di luar kamar mahkamah.

“Pembelaan qualified privilege dan responsible journalism oleh wartawan, Imran Hilmy serta The Star adalah tidak boleh diterima namun plaintif gagal membuktikan secara menyeluruh bahawa kenyataan dalam artikel itu secara khusus merujuk kepada plaintif.

“Meskipun artikel tersebut menyentuh isu serius berkenaan gangguan terhadap pengusaha restoran namun ia ditulis berdasarkan sumber laporan polis yang sah dibuat pengusaha berkenaan.

“Oleh itu, saman plaintif ditolak dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM30,000 kepada kedua-dua defendan,” kata Rozana dalam penghakimannya hari ini.

Imran Hilmy.

Sementara itu, diluar mahkamah, peguam, S. Raveentharan yang mewakili plaintif berkata, dalam tuntutan, pihaknya meminta akhbar tersebut menarik balik terbitan artikel berkenaan serta memohon permohonan maaf namun mahkamah memutuskan perlindungan bersyarat yang dikemukakan kedua-dua defendan itu diterima.

Untuk rekod, pada Februari 2023, nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah diperintahkan membayar RM60,000 kepada Sabaruddin atas kes saman fitnah yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here