Sheikh Umar bersama-sama kepimpinan DAP negeri selepas MAT Berkelompok Cawangan-Cawangan DAP di Kluang.

KLUANG – Semua jentera DAP Johor di peringkat cawangan perlu memperkukuh gerak kerja bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka awal tahun depan.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, persediaan tersebut penting kerana senario politik negeri itu berbeza daripada peringkat Persekutuan.

“Saya menyeru seluruh anggota untuk memperkemas dan mengukuhkan kerja-kerja akar umbi. Cawangan-cawangan DAP di peringkat daerah seperti di Kluang adalah tulang belakang kekuatan parti di zon Johor tengah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Berkelompok Cawangan-Cawangan DAP di daerah ini yang berlangsung pada baru-baru ini melibatkan penyertaan 15 cawangan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP Johor, Wong Shu Qi; Naib Pengerusi, Gan Peck Cheng; Setiausaha, Andrew Chen Kah Eng; serta beberapa pimpinan negeri lain.

Katanya, sama ada PRN akan menyaksikan DAP bertanding atas tiket Kerajaan Perpaduan atau Pakatan Harapan (PH), kekuatan akar umbi tetap menjadi kunci kejayaan.

“Kita harus yakin kepada pimpinan dalam menentukan langkah selanjutnya. Yang penting, persiapan rapi perlu dilakukan agar kemenangan dapat dicapai,” katanya. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here