Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis mengesahkan kejadian disamun oleh dua individu di Taman Tas pagi semalam tidak berlaku seperti yang didakwa oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata,  siasatan awal mendapati wanita berusia 57 tahun itu telah membuat laporan dan keterangan palsu berhubung kejadian tersebut.

“Dalam laporan di Balai Polis Jaya Gading, wanita itu mengatakan wang tunai RM1,500 berserta barang kemas miliknya telah disamun oleh dua individu menaiki sebuah kereta hitam bersenjata pemutar skru berhampiran Padang Taman Pandan Damai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, Wan Mohd Zahari berkata, hasil siasatan mendapati kes terbabit tidak wujud dan laporan itu dibuat bagi mengelak membayar hutang dan sewa rumah.

Kes itu kini disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Suri rumah trauma disamun, rugi lebih RM15,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here