Foto Instagram Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish menjual kesemua koleksi kasut tinggi berjenama yang jarang dipakai selepas menyedari keburukan menyimpan barang yang tidak digunakan.

Menerusi Instagram miliknya, Nora atau nama lengkapnya Nora Danish Mohd. Haniff, 43, berkata hasil jualan tersebut akan digunakan sebaik-baiknya termasuk bersedekah.

“Saya refleks balik diri saya, apa yang tak pakai dekat rumah dan simpan. Saya ‘let go’ (lepaskan).

“Duit tersebut akan digunakan untuk beli benda baharu yang kita perlukan atau bersedekah.

“Mana-mana yang bersesuaian dengan anda. Semoga bermanfaat,” tulisnya di InstaStory miliknya di sini.

Foto Instagram Nora Danish.

Nora, 42, memberitahu, dia menjual barangan peribadi bermula selepas menghayati pembelajarannya tentang surah al-Humazah yang mana golongan melebihkan harta akan turut dimasukkan ke neraka.

“Pagi tadi (semalam) saya ulang kaji apa yang belajar dekat kelas, terbuka surah Al-Humazah tentang golongan pengumpat dan pengkeji yang akan dimasukkan dalam neraka khas iaitu al-Hutamah.

“Neraka ketiga ke bawah. Bawah sekali neraka Jahanam, Jahim dan al-Hutamah.

“Neraka ini dibuat untuk golongan pengumpat dan pengkeji termasuk golongan yang menghitung harta iaitu meletakkan harta lebih daripada Allah,” kata ibu tunggal dua anak itu.

Nora yang bertudung sejak tahun kini lebih selesa berkongsi momen tenang dan penuh makna dalam media sosial sejak penampilannya yang lebih sopan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here