Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang akan mengalami perubahan jadual waktu sementara bermula 24 hingga 26 Mei 2025 bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen Salak Selatan.

Menurut KTM, sepanjang tiga hari perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang – Batu Caves – Pulau Sebang dan Tanjung Malim – KL Sentral – Tanjung Malim serta perkhidmatan tren elektrik (ETS) dijangka akan mengalami kelewatan sehingga 50 minit daripada jadual asal.

Selain itu katanya, dua perkhidmatan ETS iaitu EG9425 (Padang Besar – Segamat) dan EG9321 (Butterworth – Segamat) akan mengalami perubahan platform di Stesen KL Sentral dan Stesen Kuala Lumpur pada 24 Mei sahaja.

“Pegawai bertugas akan ditempatkan di stesen bagi mengiringi dan membantu para penumpang ke platform,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, penumpang dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menyemak jadual perjalainan di MyRailtime melalui aplikasi KTMB Mobile.

“Para penumpang juga dinasihatkan sentiasa peka terhadap pengumuman di stesen serta hebahan melalui saluran rasmi media sosial KTMB. Khidmat pesanan ringkas (SMS) juga akan dihantar kepada penumpang ETS yang terjejas sebagai notifikasi awal mengenai kelewatan yang mungkin berlaku,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast