Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Penutup Sesi Pemukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 23 MEI 2025

PUTRAJAYA – Peluang ekonomi untuk bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu  sama rata dengan Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bumiputera di dua-dua negeri tersebut berhak menerima manfaat yang sama dalam pembangunan ekonomi yang diberikan di Semenanjung.

“Saya lihat Sabah umpanya memerlukan pemerhatian yang sangat mendalam daripada kita. (Walaupun) Sarawak mengambil beberapa langkah proaktif, masih ada ruang yang luas untuk dicapai tetapi kita mesti menyamaratakan peluang-peluang ekonomi di sana,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup Sesi Permukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024).

Ahmad Zahid berkata, kerajaan persekutuan akan memastikan Majlis Bumiputera Sabah akan menerima sokongan untuk melaksanakan agenda berkaitannya.

“Kita di sini membantu supaya agenda yang akan diterapkan Majlis Bumiputera  Sabah dapat dilaksanakan. Saya berjanji dengan diri saya bantu melaksanakan agenda bumiputera di Sabah.

“(Ini) Bukan hanya memberi pancing tapi kita gali supaya lebih banyak kolam untuk bumiputera Sabah memancing,” kiasnya.

Terdahulu Ahmad Zahi berkata, agenda ekonomi Bumiputera sepatutnya diperjuangkan tanpa rasa bersalah kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi hak terhadap golongan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast