LONDON – Napoli merangkul juara liga kedua dalam tiga musim dalam persaingan sengit selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Cagliari pada perlawanan terakhir Serie A, awal pagi tadi.
Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Antonio Conte berjaya mengenepikan pesaing terdekat, Inter Milan yang hanya ketinggalan satu mata.
Napoli memulakan saingan musim ini tanpa sebarang gangguan aksi Eropah manakala Inter terpaksa berdepan cabaran Liga Juara-Juara Eropah dan kejohanan domestik.
Bermula dengan kekalahan 3-0 di Hellas Verona, tetapi kehadiran dua pemain baharu mengubah nasib mereka selepas Conte membawa masuk Romelu Lukaku dari Chelsea dan pemain tengah, Scott McTominay dari Manchester United.
Dengan Napoli sudah bergelar juara Serie A, Inter kini boleh memberi tumpuan kepada final Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain akhir bulan ini. – Agensi
















