Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baharu, Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Perwakilan Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 ketika di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Foto AIZAT ZAINAL, 24 MEI 2025.

JOHOR BHARU – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menggesa seluruh kepimpinan dan anggota parti untuk bersatu selepas pemilihan parti demi memastikan perjuangan reformasi terus diperjuangkan secara inklusif dan berprinsip.

Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Keadilan 2025 hari ini, Nurul Izzah menyentuh keperluan untuk saling menerima semua ahli agar parti terus bergerak sebagai satu pasukan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pahit macam mana sekalipun, kita kena berlapang dada. Yang menang kena pastikan mereka juga merangkul yang tidak menang.

“Kita semua ada tanggungjawab besar untuk pertahankan idealisme parti yang kini menjadi sebahagian kerajaan,” katanya di Persada International Convention Centre di sini hari ini.

Beliau turut merujuk pesanan daripada tokoh dunia seperti Umar Abdul Aziz, Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menekankan keperluan kepimpinan berteraskan prinsip, moral dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Kita bukan lagi parti pembangkang, kita kerajaan. Maka tindakan kita harus mencerminkan nilai ketamadunan dan tanggungjawab,” ujar beliau.

Sementara itu, kata PKR bu.

“Kita kena teliti. Kalau ada rekod pecah amanah atau salah laku, jangan kompromi. Ini demi kelangsungan parti,” tegasnya.

Menyentuh isu komunikasi dan cabaran persepsi, Nurul Izzah menyeru agar semua pimpinan dan anggota parti lebih proaktif dalam menjelaskan dasar-dasar kerajaan Madani kepada rakyat dengan pendekatan yang mudah difahami.

“Kita tak boleh defensif. Kita perlu faham bagaimana rakyat menilai kita di luar sana,” tambah beliau.

Sebagai penutup, Nurul Izzah menyeru semua jentera parti untuk memberi tumpuan khusus kepada negeri Sabah menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau menetapkan sasaran untuk menawan 13 kerusi di negeri tersebut dan memohon kerjasama seluruh negeri untuk membantu gerakan tersebut.

“Saya akan menunaikan ibadah haji tidak lama lagi. Sebelum itu, saya minta semua, khususnya dari Selangor dan Pulau Pinang, bantu gerakan kita di Sabah. Ini tugas bersama,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. nurul izzah adalah petanda kejatuhan anwar dan amaran tumbangnya kerajaan madani. ini kerana nurul izzah sangat gelojoh dan bernafsu besar.

Comments are closed.