Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab, kata Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan malam ini.

Ia juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej yang mengaku atau menyamar sebagai Saifuddin terutama yang melibatkan kewangan atau temujanji.

Tambahnya, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Kami juga menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam-penggodam ini kepada pihak yang berkuasa,” katanya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast