Tindakan menjalankan perniagaan tanpa permit membawa padah apabila 21 khemah penjaja haram dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu operasi penguatkuasaan di Taman Subang Perdana, Shah Alam, semalam. Ihsan Foto : MBSA

KUALA LUMPUR – Tindakan menjalankan perniagaan tanpa permit membawa padah apabila 21 khemah penjaja haram dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu operasi penguatkuasaan di Taman Subang Perdana, Shah Alam, semalam.

Operasi bersepadu itu dijalankan kira-kira jam 7.30 pagi selepas penjaja terlibat berulang kali ingkar arahan berpindah meskipun telah diberikan notis dan peringatan lebih awal.

MBSA dalam satu kenyataan berkata, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk sekitar berhubung pembinaan gerai tanpa lesen yang menimbulkan masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan isu kebersihan.

“Penjaja-penjaja terbabit telah diminta memohon tapak serta permit sah di Tapak Penjaja Sementara di bawah pentadbiran MBSA, namun masih enggan mematuhi arahan.

“Tindakan merobohkan 21 khemah tersebut adalah tindakan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Ini kerana struktur didirikan tanpa kebenaran sah daripada MBSA,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast