MARAN – Mayat lelaki berusia 58 tahun ditemukan dalam keadaaan tersangkut pada sampah dan kayu balak di Sungai Pahang berhampiran Kampung Paya Pasir pada semalam.
Ketua Polis Maran Superintendan Wong Kim Wai, berkata mayat mangsa ditemukan pada kedalaman air sungai lebih kurang 20 meter manakala jarak antara tebing ke tempat kejadian lebih kurang 30 meter.
Jelas Kim Wai pihaknya menerima panggilan daripada orang kampung berkenaan penemuan mayat lelaki itu bersama rakaman video sebagai bukti.
.
”Pengadu datang ke Balai Polis Pekan Awah membuat laporan polis selepas identiti mayat mayat tersebut disahkan merupakan seorang lelaki dan ditemukan di kawasan pam pasir Kampung Paya Pasir pada jam 2.15 petang.
”Hasil siasatan awal polis mendapati dapati mayat ditemukan dalam keadaan terlingkup di sungai itu lengkap berpakaian T-shirt berwarna hijau dan berseluar panjang jeans warna gelap,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Polis turut menemukan dompet di dalam poket belakang sebelah kanan dan menjumpai kad pengenalan dipercayai milik mangsa.
Susulan itu mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk dilakukan proses bedah siasat bagi mendapatkan punca kematian.
”Mayat mangsa dibawa menaiki bot bomba ke tebing sungai oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Maran.
”Proses pengecaman mayat dilakukan oleh anak mangsa dan polis mengesahkan punca kematian disebabkan oleh mati lemas berdasarkan laporan bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazette
















