Anthony Loke Siew Fook.

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan ada mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 2 petang tadi.

Bagaimanapun katanya, pertemuan itu tidak membincangkan mengenai kekosongan Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

“Ya ada perjumpaan dengan Perdana Menteri tadi, pada pukul 2 tadi

“Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri. PM kata Menteri Pengangkutan kekal,” katanya sambil berseloroh.

Pagi tadi Anwar memaklumkan tiada rombakan Kabinet bakal dilakukan dalam masa terdekat susulan peletakan jawatan oleh dua menteri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ini kerana kedua-dua menteri terbabit sedang menghabiskan tempoh bercuti.

Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 minggu lepas.

Menteri Ekonomi itu gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar.

Manakala, Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast