KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil cuti terdahulu untuk melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet menimbulkan persoalan.
Ia kerana kedua-duanya tidak terikat dengan Perintah Am atau peraturan-peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Jawatan menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) setelah menerima nasihat Perdana Menteri (PM).
Biasanya siapa juga yang dinamakan oleh PM, lantikan itu diperkenankan oleh YDPA.
Seorang peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi berkata, dalam Perlembagaan, menteri (termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri waima kalau dinamakan menteri kanan sekali pun, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen (sudah tidak sesiapa dilantik ke jawatan ini) dan Setiausaha Politik adalah anggota pentadbiran.
“Mereka bukan government servants (kakitangan kerajaan) yang terikat dengan General Orders (Perintah Am) atau peraturan-peraturan JPA.
“Kalau pencen pun perkiraan pencennya ada peruntukan lain,” tulis beliau di Facebook.
Disebabkan itu, kalua Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan 24 jam, ia tidak sama dengan pegawai kerajaan yang kena bayar sebulan gaji.
“Ada menteri letak jawatan tapi dia hendak bercuti dahulu. Kalau dia kata hendak habiskan baki cuti tahunan, berapa hari cuti tahunan mereka setahun? Cuti menteri diluluskan oleh PM bukan macam pegawai kerajaan kena isi borang cuti.
“Pendeknya adakah menteri itu faham bahawa dia bukan pegawai kerajaan. Kalau hendak berhenti, tulislah serta-merta dan tunggu sama ada PM terima atau tidak.
“Janganlah kata nak cuti dahulu sebab masa cuti itu anda masih berstatus menteri dan sebagai menteri lantikan politik, hendak berhenti pun janganlah main politik juga,” ujarnya.
Shamsuddin berkata, kedua-dua menteri itu tidak perlu perlu test market – manalah tahu mungkin dipujuk dan sebagainya.
“Nak letak jawatan, letak saja tanpa syarat, Ramai sangat menteri-menteri sebelum kamu yang letak jawatan tak ada pulak bagi syarat,” tambah beliau lagi. – MalaysiaGazette















Tak layak dapat pencen ni sebab tak ada apa2 deliverable untuk rakyat, B40 terutamanya!