Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Mei, di Dewan De Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 29 MEI 2025

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ‘terpaksa’ menyokong pasukan bola sepak ASEAN walaupun beliau meminati pasukan Manchester United sejak tahun 80-an lagi.

Beliau berkata, walaupun berbelah bahagi, namun Perdana Menteri melahirkan rasa bangga kerana pasukan ASEAN turut dianggotai empat anak tempatan menang dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak dunia itu.

“Pasal ASEAN, Manchester United kalah semalam. Saya pakai baju Manchester United, dalam baju ASEAN, Datuk Seri Fadillah Yusof ingatkan saya Pengerusi ASEAN.

“Jadi masa pergi (ke stadium) hati berbelah-bahagi, aku ni sudah berpuluh tahun (sokong) Manchester United, tapi kita ASEAN dan anak Malaysia empat orang dalam pasukan itu.

“Takkan saya tak boleh (sokong), itu bezanya, saya mana tahu pasukan ASEAN, tapi kita nak bawa semangat ASEAN, saya (sokong) sejak 80-an sebelum David Backham lagi,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Mei Jabatan Perdana Menteri, di Puspanitapuri, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri juga berkongsi minta bola sepak dengan cucu-cucunya walaupun berbeza pasukan.

“Saya pernah jumpa Alex Furgeson pengurus yang terkenal itu, saya memang minat (MU) memang sepanjang tahun gaduh dengan cucu-cucu saya minat Arsenal.

“Saya mengikuti perkembangan bola sepak dah lama dan bangga kerana sekurang-kurangnya anak Malaysia semua diperkenalkan dengan pasukan ASEAN.

“Bukan itu(sahaja), (tambah) mengejutkan (apabila) boleh menang tetapi semuanya Alhamdulillah,” katanya.

Perdana Menteri mengakui beliau agak gementar apabila pasukan ASEAN berdepan dengan kelab bola sepak dunia itu.

“Saya jumpa ketua pasukan (Man United) sehari sebelum itu dengan pengurusan Manchester United, saya kata manalah nak menang lawan mereka.

“Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia bagi semangat baharu.

“Apa yang kita lakukan semua ini adalah semangat berpasukan, (penjaring gol) yang score memang dari Myanmar dan kita ada pasukan pertahanan yang baik, walaupun Manchester United hantar pasukan pertama full force,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast