KUALA LUMPUR – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di negeri Pahang melakukan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Sultan Pahang bertitah agar diadakan solat hajat pada hari ini bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah khusus mendoakan kesihatan Sultan Brunei yang juga Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ketika ini berehat dan menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Sultan Pahang turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan dari Allah SWT.

Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan dimasukkan ke IJN kerana mengalami kepenatan ketika menghadiri Mesyuarat ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN- Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast