Trent Alexander-Arnold. Foto Sky Sports.

LONDON – Pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold akhirnya meninggalkan kelab itu selepas hampir sedekad bersama Liverpool sejak penampilan sulung seniornya pada 2016.

Pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai Real Madrid dengan kontrak selama enam tahun.

Kelab LaLiga itu turut mengesahkan Alexander-Arnold bakal beraksi di Piala Dunia Kelab bulan depan.

Awal bulan ini, pemain antarabangsa England yang membuat 354 penampilan untuk Liverpool berkata, dia akan meninggalkan kelab disertainya sejak berusia enam tahun, dengan kontraknya tamat pada 30 Jun.

“Liverpool akan menerima bayaran untuk perpindahan ini, dengan perjanjian akan dimuktamadkan sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka pada 1 Jun ini.

“Alexander-Arnold meninggalkan Liverpool FC dengan pihak kelab menghargai dan berterima kasih atas sumbangannya,” kata Liverpool dalam satu kenyataan yang mengesahkan perpindahan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast