Seramai 1,435 individu telah diperiksa melibatkan 225 premis menerusi Operasi Kachi di Pasar Borong Selayang melibatkan sepasukan 560 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Turut membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).















