KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa satu lagi slot Liga Juara-Juara 2 (ACL2) akan diberikan kepada Selangor FC.

MFL berkata, Selangor FC akan mewakili Liga Malaysia bagi musim 2025/2026 selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua musim lalu.

“Seperti yang sedia maklum, Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) telah menetapkan dua slot ke Kejohanan Kelab Asean buat juara liga dan juara pertandingan berformat kalah mati (Piala FA).

“Maka, Ahli Lembaga Pengarah MFL mengesahkan bahawa satu slot akan diberikan kepada JDT selaku juara Liga Super dan Piala FA, manakala satu lagi slot menjadi milik Selangor FC selaku naib juara Liga Super,” kata MFL di Facebook rasminya di sini hari ini.

Dalam kempen AFC Champions League 2 (ACL2) musim lalu, Red Giants mempamerkan aksi bertenaga dan penuh semangat, namun terkandas di peringkat kumpulan.

Mereka hanya dipisahkan satu mata daripada mara ke pusingan seterusnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast