KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Baginda bertitah, sambutan ini bukan sahaja merupakan tanda kesyukuran di penghujung musim menuai, malah menjadi peringatan buat seluruh rakyat agar sentiasa mensyukuri rezeki dan nikmat yang dikurniakan, selaras dengan kepercayaan dan amalan masing-masing.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya rakyat Malaysia yang terserlah melalui sambutan perayaan ini, sekali gus mencerminkan kekayaan warisan tradisi serta keharmonian masyarakat majmuk negara di mata dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast