Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cubaan licik warga asing untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan helah transit terbongkar apabila pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mengesan taktik tersebut, Khamis lepas.

Taktik yang digunakan adalah mengaku hanya transit di Malaysia sebelum menuju ke negara ketiga.

Perbuatan mereka dikesan dalam operasi pemantauan baru-baru ini menyebabkan lebih 400 individu dari Bangladesh, Pakistan, dan India telah diperiksa.

Daripada jumlah itu, didapati 105 orang  tidak memenuhi syarat kemasukan dan telah diarahkan pulang.

Namun, hasil siasatan bersama syarikat penerbangan mendapati tiket penerbangan ke negara ketiga telah dibatalkan sebaik sahaja mereka menaiki pesawat ke KLIA, dan ini merupakan salah satu helah yang bertujuan mengaburi pegawai imigresen.

AKPS akan terus mempertingkatkan pengawasan di semua pintu masuk negara, menambah baik mekanisme semakan, dan melakukan saringan teliti terhadap setiap
individu yang masuk atau keluar dari Malaysia.

AKPS menegaskantiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak, termasuk pegawai yang cuai atau bersubahat dengan mengenakan tindakan
tatatertib serta undang-undang yang tegas kepada mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast