KUALA LUMPUR – Shaikha Al Nowais bakal menjadi wanita pertama memegang jawatan Setiausaha Agung Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Tourism) dalam tempoh 50 tahun penubuhan organisasi itu.
Xinhua melaporkan, pencalonan beliau disahkan semasa mesyuarat ke-123 Majlis Eksekutif yang berlangsung sejak Khamis lalu selama dua hari di pinggir bandar bersejarah Segovia, tengah Sepanyol.
Sekiranya pencalonan itu disahkan, Shaikha akan memulakan tugas pada 2026, menggantikan Zurab Pololikashvili yang telah berkhidmat sejak 2018.
Menurut laman sesawang peribadinya, beliau merupakan tokoh korporat terkemuka dalam industri pelancongan dan hospitaliti global.
Memiliki kelulusan dalam bidang kewangan, Shaikha pernah memegang jawatan Naib Presiden Korporat di Rotana Hotels.
Beliau kini mengetuai Kumpulan Kerja Pelancongan Dewan Perniagaan Abu Dhabi serta menganggotai lembaga Dewan Usahawan Wanita Abu Dhabi dan Akademi Hospitaliti Les
Roches.
Dalam ucapannya, Pololikashvili berkata, UN Tourism telah melalui fasa transformasi besar sepanjang lapan tahun lalu. – Agensi
















