KUALA LUMPUR – Perdana Menteri merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Madani mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya hari ini. – MalaysiaGazette
















