Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, CMO mengesahkan poster majlis yang dikatakan bertujuan menjawab segala tuduhan fitnah terhadap Ab Rauf itu adalah palsu.

MELAKA – Pejabat Ketua Menteri (CMO) Melaka menafikan penularan poster Majlis Sumpah Laknat yang kononya akan dilakukan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Jumaat ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, CMO mengesahkan poster majlis yang dikatakan bertujuan menjawab segala tuduhan fitnah terhadap Ab Rauf itu adalah palsu.

“Untuk makluman sahabat media, poster yang dilampirkan adalah palsu seperti yang sedang berleluasa di platform media sosial.

“Semua poster rasmi berkaitan sesi sidang media hanya dikeluarkan melalui media sosial rasmi YAB Ketua Menteri Melaka. Terima kasih,” kata kenyataan itu.

Pada April lalu, Ab Rauf menyifatkan penyebaran beberapa audio di media sosial mirip suaranya adalah sandiwara dan
agenda dimainkan oleh pemain-pemain politik yang sudah kecewa.

Kumpulan itu, tegasnya, hanya menggunakan manipulasi sebagai satu perkara yang spekulatif untuk meraih simpati daripada masalah asas sedia ada.

Terdahulu, tular audio berdurasi tiga minit 57 saat di media sosial sehari selepas Ab Rauf membuat penafian beliau berkaitan penahanan Timbalan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast