Dion Cools. Foto Instagram Buriram United.

KUALA LUMPUR – Kelab Thailand, Buriram United mengesahkan mereka akhirnya berpisah dengan kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Menerusi media sosialnya, Buriram memaklumkan perpindahan keluar Cools dan mendoakannya agar  terus cemerlang di dalam perjalanan karier pemain itu seterusnya.

”Selamat maju jaya, Dion Cools. Terima kasih untuk segala yang telah kami berikan kepada Buriram United. Semoga berjaya di tempat baharu,” tulis kelab itu dalam satu hantaran di sini.

Sebelum ini, Cools telah memuat naik satu kenyataan di laman media sosial mengucapkan terima kasih kepada pihak Buriram United khususnya buat Presiden Kelab, peminat dan rakan sepasukan.

Malah pertahanan berusia 28 tahun itu turut mengumumkan tidak lagi bersama Buriram United sebaik berakhirnya musim 2024-2025 ini melabuhkan tirainya dengan kejayaan meraih Quadruple.

Walaupun tidak menyatakan destinasi seterusnya buat Cools namun spekulasi bertiup kencang mengatakan tonggak utama Harimau Malaya itu akan menyertai Cerezo Osaka di Jepun.

Cools memilih untuk menyertai Buriram United selepas kontraknya bersama kelab Republik Czech, FK Jablonec berakhir pada Januari 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast