Reaksi bintang Manchester United, Bruno Fernandes ketika perlawanan ASEAN All Stars menentang Manchester United yang berkesudahan 1 - 0 pada Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2025.

KUALA LUMPUR – Bintang tengah prolifik, Bruno Fernandes menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dia menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi untuk kekal bersama Manchester United pada musim depan.

Pemain antarabangsa Portugal itu berkata, ini kerana keinginan tingginya terus bermain di tahap tertinggi di Eropah.

Dia turut mengakui Presiden Al-Hilal menghubunginya dan bertanya sama ada dia mahu berpindah ke sana dan sanggup mengunggu keputusan mengenai masa depannya.

“Saya telah bercakap dengan pengurus dan beliau meminta saya supaya tidak pergi, dan Manchester United juga berkata mereka tidak mahu menjual saya.

Sebelum ini, laporan menyebut Al-Hilal sanggup membayar sehingga £100 juta (RM574 juta) kepada United selain kontrak tiga tahun bernilai £200 juta (RM1.15 bilion) kepada pemain antarabangsa Portugal berusia 30 tahun itu.

Fernandes, 30 juga mengesahkan dia menerima “tawaran menarik” daripada kelab Al-Hilal tetapi memilih untuk menjadi sebahagian daripada proses pembentukan semula pasukan kendalian Ruben Amorim di Old Trafford pada musim depan.

Malah dia sedar perpindahan akan menjadi sesuatu yang tidak sukar  kerana sudah ramai pemain Portugal berada di Arab Saudi termasuk Cristiano Ronaldo, Joao Cancelo dan Ruben Neves.

United mengalami musim terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris, menamatkan saingan di tangga ke-15.

Mereka juga tewas pada final Liga Europa di tangan Tottenham. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast