KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemain berdarah warisan dijangka memperkuat pasukan kebangsaan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam, Selasa depan selepas pertahanan Deportivo Alaves yang beraksi di La Liga iaitu Facundo Garces sah menyertai skuad Harimau Malaya.
Ketika ini, nama pemain Velez Sarsfield, Imanol Machuca menjadi sebutan sebagai pemain warisan baharu negara apabila perkembangan terbaru membabitkan kelab berpangkalan di Argentina itu, Sabado Velez menerusi platform X.
“Imanol Machuca akan beraksi untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Penyerang Velez itu dipanggil bagi Kelayakan Piala Asia.
“Dia akan berdepan Vietnam pada 10 Jun untuk aksi kedua Kumpulan F. Tahniah Ima!,” kata tulis Sabado Velez di laman sosial miliknya di sini.
Berdasarkan semakan menerusi laman Transfermarkt, pemain itu nilai pasaran RM12 juta dan mencetak 16 gol dan melakar sembilan bantuan gol dalam aksi selama 8,409 minit.
Machuca akan menyertai beberapa lagi pemain berdarah kacukan baharu yang berjaya ‘dipancing’ FAM pada tahun ini selepas Hector Hevel, Gabriel Palmero dan Garces.
Kelmarin, Garces diumumkan secara rasmi menyertai skuad senior Harimau Malaya sekaligus menjawab teka-teki pemain warisan baharu skuad kebangsaan.
Pemain berusia 25 tahun itu bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan yang tinggi kepada Harimau Malaya ketika pasukan negara sedang memperkukuh skuad bagi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.
Garces, yang pernah beraksi dalam liga utama di Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alaves dalam La Liga. – MalaysiaGazette
















