Pemain skuasy wanita utama negara S. Sivasangari

KUALA LUMPUR – Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025 selepas menewaskan pemain Jepun Satomi Watanabe di Birmingham pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum berjaya mengetepikan pilihan ketujuh kejohanan 11-9, 11-9, 4-11, 4-11, 11-4 dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.

Sivasangari yang menduduki ranking ke-24 dunia itu bermula agak baik apabila mendominasi dua set pertama dengan namun Watanabe bangkit memberikan tentangan sengit untuk menyamakan kedudukan dengan memenangi dua set berikutnya.

Pada set penentuan,  pemain kelahiran Kedah itu kembali tenang dan terus menguasai permainan untuk mengesahkan slot di suku akhir menjadi miliknya.

Sivasangari dijadualkan berdepan pilihan keempat dari Mesir, Amina Orfi pada aksi suku akhir, esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast