Bank Islam

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) akan menamatkan versi terdahulu aplikasi perbankan mudah alih, GO by Bank Islam dan platform
perbankan Internet www.bankislam.biz secara rasmi berkuat kuasa 28 Jun 2025.

Sejak pelancaran aplikasi perbankan mudah alih baharu, BIMB Mobile (BIMB Mobile) dan BIMB Web (web.bimb.com) pada November 2024, lebih 90% daripada pengguna sedia ada telah berhijrah ke platform perbankan digital terbaharu tersebut.

Peralihan yang memberangsangkan ini telah mempercepat tarikh penamatan perkhidmatan GO by Bank Islam dari 28 November 2025 kepada 28 Jun 2025, iaitu enam bulan lebih awal, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank Islam dalam menyampaikan pengalaman perbankan yang lancar dan selamat. BIMB Mobile telah meraih penerimaan kukuh pengguna yang dicerminkan menerusi penarafan 4.8 di App Store, 4.7 di Google Play Store dan 4.0 di Huawei AppGallery.

Untuk memastikan akses lancar perkhidmatan perbankan digital, pelanggan digesa untuk beralih ke platform baharu dengan segera.

Penyelesaian yang telah dinaik taraf ini menyediakan fungsi yang lebih baik, ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh termasuk log masuk biometrik dan pengesahan keselamatan transaksi serta antara muka intuitif, sekali gus mencerminkan komitmen Bank Islam terhadap inovasi digital dan perkhidmatan bertumpukan pelanggan.

Melalui beberapa sentuhan mudah, pelanggan dapat menguruskan perkhidmatan perbankan utama dengan lancar seperti semakan baki, pemindahan dana, pembayaran bil, transaksi QR DuitNow, bayaran zakat, penyelenggaraan Kad Debit-i serta Akaun Emas-i Bank Islam yang baharu diperkenalkan.

Untuk mempertingkatkan lagi penawaran digitalnya, Bank Islam akan memperkenalkan beberapa fungsi hebat dalam BIMB Mobile termasuk:

Pembayaran QR Rentas Sempadan: membolehkan pembayaran berasaskan QR di negara-negara terpilih.

Pendaftaran Lancar untuk Pelanggan Baharu: membenarkan pembukaan dan pengaktifan akaun pelanggan tanpa perlu hadir ke cawangan Bank Islam.

• Pemindahan Wang ke Luar Negara: menawarkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsa yang selamat dan mudah.

• BIMB Mobile Lite: permulaan literasi kewangan, memperkasa pelanggan muda yang natif digital untuk mengurus akaun mereka secara berdikari seawal usia 12 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast