Lelaki yang ditahan dalam Operasi Taring Wawasan, dekat Kelantan. foto Briged Tenggara PGA

KUALA LUMPUR – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya memberkas lelaki yang dikehendaki polis semasa Sekatan Jalan Raya Neting pada jam 9.05 malam dalam Op Taring Wawasan di Kelantan.

Hasil pemeriksaan melalui sistem mendapati suspek merupakan orang yang dikehendaki berkait kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Putrajaya.

Suspek berumur 28 tahun yang ditahan telah dibawa ke dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tumpat untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast