Gambar di lokasi nahas di laluan Jeli ke Gerik, awal pagi tadi.

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tragedi itu menyentap perasaan masyarakat kerana ia melibatkan anak-anak muda yang dalam perjalanan menimba ilmu, membawa harapan keluarga dan masa depan negara.

“Kehilangan mereka adalah kehilangan kita bersama.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan seluruh rakyat negeri ini, saya melahirkan rasa simpati yang amat mendalam kepada keluarga mangsa,” katanya menrrusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, seramai 15 penuntut UPSI  maut apabila bas yang mereka naiki berlanggar dengan kereta Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding.

Wan Rosdy berharap ahli keluarga terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

Kepada mangsa yang sedang dirawat, berliau berdoa agar dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna.
“Marilah kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast