Mangsa, Muhammad Wafiq Al-Muiz Zamri disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Panching, dekat Kuantan dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi.

KUANTAN – Seorang pekerja kuari maut selepas motosikal Yamaha Y15 yang ditunggangnya terbabas sendiri di Jalan Panching, di sini dalam kejadian 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Muhammad Wafiq Al-Muiz Zamri, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Mangsa beralamat dari Jalan Kampung Permatang di Simpang Ampat, Perlis.

Semasa kejadian mangsa menghala ke arah Panching.

Motosikal yang ditunggang mangsa bergerak lurus semasa kejadian  tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk  bedah siasat.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast