KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas membabitkan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris berhampiran Gerik awal pagi tadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis ini.
“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Anwar berkata, musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.
“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Sekurang-kurang 13 maut, 31 cedera bas UPSI berlanggar dengan kereta
















